Jumlah kluster kembali meningkat, Kelantan terbanyak

Jumlah kluster kembali meningkat, Kelantan terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja mencatatkan tujuh kluster Covid-19 daripada 15 kluster, hari ini, manakala Kelantan menyumbang kluster terbanyak iaitu tujuh kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, komuniti merekodkan enam kluster manakala kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan swasta, masing-masing satu kluster. 

Tempat kerja katanya, Perak dan Sabah, masing-masing dua kluster manakala Johor, Kelantan dan Pulau Pinang, masing-masing satu kluster. 

“Kluster komuniti pula, lima di Kelantan dan satu di Johor manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Pulau Pinang dan satu kluster pendidikan swasta di Kelantan.  Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 989 kluster manakala 4,533 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 8,075 kes berbanding semalam, 9,066 kes sekali gus terus diatasi 15,456 kes sembuh manakala 867 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 461 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, hanya dua negeri mencatatkan kes melebih 1,000 iaitu Sarawak yang terus kekal menjadi penyumbang terbanyak biarpun berlaku penurunan kes dengan 1,189 kes diikuti Kelantan (1,020).

“Sebanyak 11 negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pulau Pinang (853), Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), Pahang (522), Melaka (219), Kuala Lumpur (151) dan Negeri Sembilan (108). Perlis pula mencatatkan 36 kes dan Putrajaya, 19 kes manakala Labuan hanya dua kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan jumlah kes kematian yang dilaporkan sebanyak 118 kes iaitu meningkat berbanding kelmarin, 109 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,683 kes. 

Sebanyak 27 daripada 118 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,367 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN