Jumlah kematian Covid-19 semakin menurun - Utusan Malaysia

Jumlah kematian Covid-19 semakin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 74 kes berbanding kelmarin, 78 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,265 kes. 

Sebanyak 27 daripada 74 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,500 kes. 

Sebanyak 768 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 418 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,562 orang. 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 8,743 kes berbanding semalam, 9,751 kes sekali gus terus diatasi 14,422 kes sembuh manakala 770 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 419 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

“Tempat kerja dan komuniti masing-masing merekodkan pertambahan empat  daripada 10 kluster Covid-19, hari ini, dengan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 845 kluster manakala 4,735 kluster yang telah tamat,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN