Jonker Walk belum dibuka kepada pelancong - Utusan Malaysia

Jonker Walk belum dibuka kepada pelancong

MUHAMMAD Jailani Khamis (dua dari kiri) menyambut ketibaan pelancong di Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jonker Walk, Banda Hilir di sini masih belum dibuka kepada umum meskipun Melaka sudah mula menerima kehadiran pelancong luar bermula 11 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri meletakkan syarat tambahan supaya pihak berwajib dapat menyediakan jadual sanitasi dan nyah cemar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Jonker Walk merupakan sebuah kawasan yang sempit, justeru banyak aspek perlu diambil kira sebelum membukanya kepada pelancong.

“Saya harap pihak Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka dapat menasihati Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkenaan jadual sanitasi dan nyah cemar ini.

“Justeru, kita masih menunggu laporan daripada Datuk Bandar berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Melaka di Plaza Tol Ayer Keroh di sini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali.

Tambah Muhammad Jailani, pihaknya menyasarkan sehingga 30,000 pelancong sehari yang datang ke Melaka untuk bercuti.

Jelasnya, sasaran itu sebenarnya jauh lebih rendah berbanding 60,000 hingga 80,000 pelancong sehari pada musim tertentu.

“Hari biasa pun sekitar 50,000 pelancong sehari tetapi itu pada 2019. Saya harap sasaran terbaharu ini boleh dicapai memandangkan jalan-jalan di Melaka sudah kembali sesak dengan kemasukan kenderaan.

“Sektor perhotelan di negeri ini kembali rancak apabila menerima tempahan di luar jangkaan berbanding sekitar 48 peratus sahaja pada 1 Oktober lepas,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.