JAS, PBT Pulau Pinang anjur kempen tingkat pengurusan bahan buangan elektronik - Utusan Malaysia

JAS, PBT Pulau Pinang anjur kempen tingkat pengurusan bahan buangan elektronik

SHARIFAH ZAKIAH Syed Sahab (dua, kanan) bersama Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud (tengah) ketika pelancaran pertandingan Household E-Waste Hero sempena Hari Alam Sekitar peringkat Pulau Pinang di Bukit Mertajam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengajak orang ramai bersama jabatan itu dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha mempertingkatkan pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste). 

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kerjasama itu boleh dilakukan dengan menghantar sisa buangan dari rumah masing-masing ke pusat-pusat pengumpulan secara sukarela dan tidak membuang sisa yang dikawal itu melalui tong-tong sampah domestik yang disediakan. 

Kata beliau, pihaknya bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menggalakkan orang ramai dan komuniti setempat membuang sisa buangan terbabit dengan betul. 

“Bagi tujuan itu juga,  JAS Pulau Pinang menganjurkan pertandingan Household E-waste Collection Hero yang akan berlangsung di pusat pengumpulan e-waste di bawah kendalian MBSP dan MBPP. 

“Pengumpulan e-waste bagi pertandingan ini akan bermula 15 Oktober hingga 31 Oktober depan dengan mana-mana pusat pengumpulan bahan buangan tersebut  yang berjaya mengumpul kuantiti buangan isi rumah terbanyak akan dipilih sebagai pemenang,” katanya di sini hari ini. 

Sharifah Zakiah berkata, pihaknya turut bekerjasama daripada rakan strategik iaitu syarikat Cycle Trend Industries Sdn. Bhd. yang turut berlesen dengan JAS Pulau Pinang sebagai premis pemerolehan kembali buangan e-waste

Katanya, ketika ini terdapat 19 premis pemerolehan kembali separa (partial) dan sembilan premis pemerolehan kembali penuh yang dilesenkan oleh JAS negeri. 

“Maklumat lanjut mengenai premis-premis ini boleh diakses melalui pautan https://eswis.doe.gov.my/facilityList.aspx. ,” ujar beliau. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, buangan e-waste yang dikumpulkan dari semua pusat pengumpulan berkaitan akan diangkut dan diuruskan syarikat yang dilesenkan oleh JAS negeri untuk pemerolehan kembali dan dilupuskan di premis yang dilesenkan mereka. 

“Diharapkan kempen pengumpulan e-waste ini menjadi penggerak dan pemangkin ke arah pelaksanaan pusat pengumpulan berdaftar dengan JAS Pulau Pinang. 

“Pada masa sama, ia juga diharapkan dapat mempertingkatkan tahap keberkesanan kutipan dan pengumpulan buangan terjadual tersebut dalam kalangan orang ramai selain pemantauan berhubung dengan pengurusan dan pelupusan buangan e-waste ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya