“Ini bukan Instagram rasmi isteri saya” -Fizo Omar - Utusan Malaysia

“Ini bukan Instagram rasmi isteri saya” -Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar tampil mendedahkan beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan wajah dan nama isteri tercintanya, Fazeera Nazri Aziz.

Menerusi Instastory Fizo, dia memuat naik tangkap layar yang memaparkan beberapa akaun Instagram palsu isterinya yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, pelakon itu meminta agar para peminatnya tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.

Malah, Fizo turut memberi amaran kepada pemilik-pemilik akaun tersebut agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

“Ini bukan Instagram rasmi isteri saya. Berhenti mengikuti individu yang entah siapa.

“Kepada yang berkenaan, berhenti menggunakan nama orang lain untuk kepentingan peribadi!” katanya di Instagram.

Semalam, pengurus kepada pelakon berkenaan, Mimi telah mengesahkan Fizo mendirikan rumah tangga bersama bekas pramugari, di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya