Hina agama, kaum: Video membabitkan penceramah bebas disiasat - Utusan Malaysia

Hina agama, kaum: Video membabitkan penceramah bebas disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu siasatan  dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung video klip tular yang mengandungi unsur penghinaan dan agama dan kaum membabitkan seorang penceramah bebas.

Video berdurasi satu minit itu  tular di aplikasi laman sosial seperti Facebook, Tiktok dan WhatsApps sejak beberapa hari lalu yang mengundang kemarahan orang ramai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, justeru, satu siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana dengan niat mahu mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Kata beliau, siasatan juga dijalankan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar rangkaian kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai diingatkan agar cakna dengan terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” jelasnya. – UTUISAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya