Hasni minta PBT kurangkan birokrasi bantu rakyat - Utusan Malaysia

Hasni minta PBT kurangkan birokrasi bantu rakyat

HASNI Mohammad (dua kanan) bersama pemenang cabutan bertuah sempena program Senamrobik anjuran MMB53 di Dewan Homestay Santai Kampung Parit Archong, Benut di Pontian, Johor. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta mempermudahkan proses permohonan lesen perniagaan bagi membantu masyarakat menyara kehidupan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, dalam keadaan ramai yang terkesan akibat pandemik, perkara-perkara melibatkan birokrasi yang membebankan seperti tempoh permohonan lesen perlu segera diselesaikan. 

Katanya, ketika ini rakyat amat terkesan dan sebarang usaha yang boleh membantu meringankan beban mereka perlu diambil segera supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.

“Sebagai contoh sekiranya ada permohonan bagi membuka kedai makan, diharap tidak mengambil masa berbulan-bulan untuk diluluskan dan PBT perlu membuat pertimbangan  sewajarnya.

“Benarkan mereka berniaga dahulu, urusan mendapatkan lesen perlu dibuat kemudian, berikan mereka ruang untuk menambah pendapatan, kurangkan karenah birokrasi dalam keadaan rakyat tersepit,” katanya pada program Senamrobik Muafakat Makmur Benut (MMB53) di Dewan Homestay Santai Kampung Parit Archong, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya