Hanya 27 kes kematian pandemik Covid-19 di rumah

Hanya 27 kes kematian di rumah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan jumlah kes kematian yang dilaporkan sebanyak 118 kes iaitu meningkat berbanding kelmarin 109 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,683 kes. 

Sebanyak 27 daripada 118 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,367 kes. 

Sebanyak 860 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 478 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 8,907 orang. 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 9,066 kes berbanding semalam, 10,915 kes sekali gus terus diatasi 14,454 kes sembuh. 

“Kluster tempat kerja dan komuniti, masing-masing mencatatkan tiga kluster Covid-19 daripada enam kluster, sekali gus menjadi jumlah kluster tersikit sejak negara dilanda gelombang ketiga pandemik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN