fbpx

7 Disember 2021, 7:31 am

  TERKINI

Hanya 2 kluster, rekod terendah pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan pertambahan kluster Covid-19 terendah buat kali pertama sejak pandemik melanda negara iaitu hanya dua kluster yang kedua-duanya melibatkan tempat kerja. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, satu di Johor iaitu Kluster Jalan Sentol Kluang melibatkan 10 kes daripada 63 jumlah saringan. 

“Satu lagi di Kinabatangan, Sabah iaitu Kluster Blok 03 melibatkan 19 kes daripada 55 jumlah saringan. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 557 kluster manakala 5,162 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,828 kes berbanding semalam, 6,630 kes sekali gus terus diatasi 9,178 kes sembuh. 

Selain itu katanya, sebanyak 620 kes unit rawatan rapi (ICU) dan 297 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,828 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Bakinya, 5,731 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 78 kes berbanding kelmarin, 96 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,312 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 17 daripada 78 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,718 kes.

Sebanyak 643 kes memerlukan rawatan di ICU manakala 320 pesakit memerlukan ABP manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,395 orang. – UTUSAN ONLINE 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN