PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoal debat antaranya dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang tidak boleh diadakan.
Beliau berkata, penjelasan versi Ka Siong sebelum ini tidak dipersetujui oleh industri berteknologi tinggi apabila syarikat gergasi digital antarabangsa berulang kali menulis surat kepada bekas perdana menteri dan perdana menteri terkini.
Katanya, ini kerana untuk membantah keengganan dan kedegilan Ka Siong untuk memberikan pengecualian kabotaj kepada kerja pembaikan kabel dasar laut.
“Mengenai debat semasa dasar kabotaj, Ka Siong mendakwa Kabinet membuat keputusan akhir pada awal Oktober.
“Sekiranya Kabinet membuat keputusan mengenai dasar kabotaj untuk pembaikan kabel dasar laut menjelang awal Oktober, mengapa debat tidak boleh diadakan pada 23 Oktober ini?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, perkara itu bukan sekadar perdebatan politik yang dicabar oleh Ka Siong dengan marah terhadap dirinya yang disertakan dengan serangan peribadi toksid.
“Ini bersangkut paut dengan masa depan digital negara kita. Kita perlu melindungi anak muda negara dan masa depan mereka,” katanya.
Baru-baru ini, Dewan Rakyat kecoh sebentar apabila Ka Siong Guan Eng untuk berdebat berhubung isu dasar kabotaj negara.
Cabaran itu dibuat secara terbuka susulan Guan Eng tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dibuatnya berhubung isu itu di Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE










