Empat terlibat pelaburan, perjudian ‘online’ ditahan - Utusan Malaysia

Empat terlibat pelaburan, perjudian ‘online’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan empat warga asing dipercayai terlibat sindiket pelaburan tidak wujud dan perjudian dalam talian dalam serbuan sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, dekat sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 3.45 petang itu dijalankan Bahagian Risikan/Operasi, Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Kuala Lumpur.

Kesemua suspek ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 tahun hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil siasatan mendapati sindiket ini telah beroperasi kira-kira sebulan.

“Turut dirampas lima unit telefon bimbit pelbagai jenama, lapan komputer riba pelbagai jenama, lima set tablet pelbagai jenama, satu unit modem, satu unit router, satu set komputer, serangkai kunci dan wang tunai bernilai RM125.

“Kesemua yang ditahan direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membabitkan diri dengan kegiatan perjudian dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan ke IPD Dang Wangi ditalian 03-26002222,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya