Dunia seni kehilangan sebutir bintang - Utusan Malaysia

Dunia seni kehilangan sebutir bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan berita pemergian penerbit dan pengarah tersohor, Mohamad Mohd Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid yang meninggal dunia sekitar pukul 12.30 tengah malam.

Menurut Ismail Sabri, Allahyarham merupakan antara penerbit serta pengarah tersohor tanah air dan disegani dalam dunia perfileman negara.

“Allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat antara penerbit serta pengarah tersohor tanah air dan disegani dalam dunia perfileman tenmpatan.

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan para penggiat seni tanah air di atas kehilangan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” kata Perdana Menteri dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan penerbit dan pengarah tersohor itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh hari ini,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.-UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN