Dua lori terbalik di lebuh raya KL-Seremban, trafik sesak sejauh dua kilometer - Utusan Malaysia

Dua lori terbalik di lebuh raya KL-Seremban, trafik sesak sejauh dua kilometer

KEADAAN lori yang terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), Seremban pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Trafik masih bergerak perlahan sejauh dua kilometer susulan kejadian kemalangan membabitkan dua buah lori terbalik di Kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.10 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan penyaman udara dan sebuah lori membawa bunga hiasan.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat terdapat satu kemalangan membabitkan dua buah lori yang terbalik di lorong paling perlahan.

KEADAAN sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) dekat Seremban pagi ini berikutan kejadian kemalangan membabitkan dua buah lori pagi ini. – CCVT LLM

“Polis bergegas ke lokasi bagi membuat kawalan lalu lintas di lokasi kejadian. Siasatan awal dipercayai lori membawa muatan penyaman udara telah melanggar belakang lori muatan bunga hiasan yang diparkir di lorong kecemasan susulan mengalami kerosakan.

“Kedua-dua lori kemudiannya telah terbalik di lorong perlahan akibat pelanggaran tersebut. Bagaimanapun, pemandu dan kelindan kedua-dua buah lori tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN