Dua bot nelayan Vietnam menyamar bot tempatan ditahan

Dua bot nelayan Vietnam menyamar bot tempatan ditahan

ARIFFIN Ghazali menunjukkan bot nelayan Vietnam yang ditahan di Jeti Maritim Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam yang dikesan menyamar sebagai bot tempatan di perairan negeri ini, Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot berkenaan ditahan kapal peronda KM Gemia di kedudukan 60 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu, antara pukul 4 hingga 5 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua 18 kru kedua-dua bot berkenaan yang berusia antara 17 hingga 55 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

“Kita percaya mereka sudah sebulan berada di laut dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu dari Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ariffin berkata, turut dirampas adalah empat tan hasil laut di samping 2,500 liter diesel dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Katanya, kedua-dua bot dibawa ke jeti Maritim Malaysia Terengganu dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/1963.

Sementara itu, menurutnya, setakat ini sebanyak 126 bot bersama 1,300 nelayan Vietnam ditahan sepanjang Op Kuda Laut di pantai timur sejak Jun tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya