fbpx

25 Oktober 2021, 6:03 am

  TERKINI

Dua beradik, sepupu hilang ketika cari kepah

AHLI keluarga kepada tiga kanak-kanak yang hilang dibawa arus ketika mencari kepah di muara sungai tidak dapat menahan sebak di Kampung Mangkuk, Setiu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Keseronokan enam kanak-kanak mencari kepah di muara sungai di Kampung Mangkuk di sini bertukar tragedi apabila tiga daripadanya hilang dibawa arus hari ini. 

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa terlibat ialah Nurulhasna Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, dan adiknya, Muhammad Aryan Faheem, 7, di samping sepupu mereka, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9.

Pengerusi Bencana Setiu, Rosli Latif berkata, semasa kejadian kesemua enam kanak-kanak itu dilaporkan tenggelam, namun tiga daripadanya berjaya diselamatkan ahli keluarga dan orang awam. 

“Ketika kejadian, enam kanak-kanak itu leka mencari kepah kira-kira 50 meter dari tebing sebelum dipercayai tenggelam,” katanya ketika ditemui di sini.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI