fbpx

Diskaun 10-15 peratus PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memberikan diskaun bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 10 sehingga 15 peratus.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Katanya, ia merangkumi 15 peratus bagi bayaran baki hutang penyelesaian penuh, 12 peratus bagi bayaran >50 peratus baki hutang dalam sekali bayaran dan 10 peratus bagi bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

Tengku Zafrul berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI