Dasar BN banyak bawa kemajuan kepada rakyat - Utusan Malaysia

Dasar BN banyak bawa kemajuan kepada rakyat

NAJIB Tun Razak menemui seorang penduduk, Tom Deris sewaktu melawat Jeti Nelayan Kampung Hailam, Tanjung Kling, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dasar-dasar yang dibawa Barisan Nasional (BN) telah membawa banyak kemajuan di negeri ini, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, mengambil contoh kehidupan nelayan Jeti Kampung Hailam, Tanjung Kling dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur dekat sini, mendapat banyak manfaat di bawah pemerintahan BN sebelum ini.

“Saya puas hati melihat jeti nelayan di sini telah dibangunkan dengan beberapa kemudahan buat nelayan meletakkan bot, lampu, kemudahan bot dan sebagainya.

“Ini sudah menunjukkan dasar-dasar yang dibawa oleh BN membawa banyak perubahan kepada nelayan di sini.

“Saya datang ke sini adalah semata-mata untuk bersantai kerana saya sedang bercuti. Kehadiran saya tidak boleh disifatkan sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Najib yang sedang bercuti di negeri ini dibawa melawat Jeti Nelayan Kampung Hailam atas jemputan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Kehadiran beliau disambut oleh golongan nelayan dengan sorakan ‘Malu apa Bossku’.

Selain Mohamad Ali, yang turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman dan Timbalan Ketua Bahagian Tangga Batu, Datuk Abu Bakar Mohamad. Diah.

Najib berkata, beliau melihat jeti tersebut boleh dimajukan dengan beberapa kemudahan lain jika rakyat memberi mandat kepada BN.

Beliau menambah, sewaktu Abu Bakar menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu dan menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, banyak kemudahan dinikmati rakyat di sini.

Terdahulu pada sebelah pagi, Najib dibawa melawat pasar terbuka di Pantai Puteri selain itu beliau bersantai bersama penduduk di Kampung Bukit Rambai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN