Dakwaan rasuah babit pegawai tertinggi penguat kuasa perlu disiasat

Dakwaan rasuah, penyelewengan babit pegawai tertinggi penguat kuasa perlu disiasat

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendedahan pengguna Twitter dikenali sebagai Edisi SiasatMY yang mendakwa sebilangan pegawai tertinggi agensi penguatkuasaan terbabit rasuah perlu disiasat segera.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setiap maklumat yang diuar-uarkan sama ada dari orang awam atau pihak polis perlu disiasat bagi tujuan verifikasi.

Menurutnya, pihak berkuasa berkenaan terlebih dahulu perlu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya sebelum mengambil tindakan susulan.

“Pegawai dikaitkan dengan dakwaan itu boleh mengambil tindakan saman sivil jika maklumat itu terbukti palsu.

“Daripada sudut perundangan, mereka boleh ambil tindakan saman jika maklumat itu palsu, namun kalau benar semua bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada jenayah itu benar berlaku,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia MCCC, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Musa yang juga Presiden MCCC berkata, individu yang dikaitkan perlu diambil tindakan bagi mengelak imej pasukan polis tercalar.

“Dalam hal ini, saya berharap menyiasat sumber maklumat itu benar atau palsu.

“Pengguna Twitter itu juga ada memberi kenyataan kes sama membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka pihak terbabit juga perlu siasat perkara itu,” jelasnya.

Pengguna Twitter itu mendakwa beberapa pegawai tertinggi di Bukit Aman menjual pangkat dalam PDRM, selain menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah termasuk dalam bentuk kambing dan lembu.

Pihak terbabit juga memetik pengarah pengurusan tertinggi sebuah agensi penguat kuasa melindungi sindiket dan terbabit rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya