CAC dinaik taraf bagi persediaan fasa endemik - Utusan Malaysia

CAC dinaik taraf bagi persediaan fasa endemik

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menaik taraf perkhidmatan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dengan empat inisiatif utama dalam memastikan mereka yang dijangkiti wabak itu dapat dibantu apabila negara memasuki fasa endemik tidak lama lagi. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, proses naik taraf itu melibatkan beberapa fungsi baharu yang dilaksanakan secara berperingkat sekali gus memperluas kebolehcapaian CAC kepada lebih ramai pesakit Covid-19 dan mereka yang disyaki dijangkiti. 

Katanya, antara inisiatif yang dilakukan ialah penambahbaikan penilaian kes Covid-19 di fasiliti Kesihatan Primer iaitu klinik kesihatan akan melakukan ujian pengesahan bagi orang yang disyaki dan individu bergejala boleh tampil ke klinik kesihatan berdekatan bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan secara walk-in mahupun janji temu klinik.

“Selain itu, menggalakkan penglibatan pengamal perubatan swasta (GP) dalam menyediakan alternatif perkhidmatan CAC GP dan CAC swasta kepada pesakit Covid-19 supaya pemantauan terhadap kuarantin di rumah dapat dilakukan dengan lebih efektif dan meluas. 

“Inisiatif ketiga, perluasan CAC maya ke seluruh negara iaitu individu positif yang tidak bergejala dan bukan dari golongan berisiko tinggi (berumur kurang 60 tahun, mempunyai komorbid, atau wanita hamil) tidak perlu hadir ke CAC, sebaliknya, mereka hanya perlu membuat pemantauan kendiri dan melaporkan status kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, inisiatif keempat, perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) iaitu proses melibatkan kerjasama strategik agensi swasta bagi memastikan intervensi yang dilaksanakan adalah berkesan melibatkan Syarikat TM. 

Katanya, syarikat terbabit menyediakan pusat panggilan CAC Helpline, pemasangan hunting lines di Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta CAC di sekitar Greater Klang Valley dan perkhidmatan SMS broadcast untuk penghantaran SMS kepada individu yang dikenal pasti. 

“Selain itu, Syarikat TIME dotcom juga membantu dengan menyediakan perkhidmatan Automated Voice Recording  (Robocall) untuk kumpulan individu yang belum menjawab soalan HAT dalam aplikasi MySejahtera dan kepada individu yang melaporkan Tanda Amaran (Warning Signs) serta akaun telefon VOIP (Voice Over Internet Protocol) yang digunakan petugas perubatan Virtual CAC Outbound Caller bagi membuat panggilan kepada pesakit yang dikenalpasti.

“Diharapkan dengan penambahbaikan perkhidmatan CAC ini, perkhidmatan pemantauan di rumah atau tempat kediaman pesakit Covid-19 (home monitoring) akan menjadi lebih baik dan seterusnya mengurangkan kadar kematian khususnya kes kematian yang dibawa ke hospital (BID),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya