Cabul : Lelaki berpakaian seragam tentera diburu - Utusan Malaysia

Cabul : Lelaki berpakaian seragam tentera diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, dekat sini, selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selepas itu, suspek telah masuk semula ke dalam kedai dan memaklumkan pod vape dibelinya tidak berfungsi.

Beliau berkata, mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baharu.

“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya