Bersatu sanjung kesihatan rakyat diutamakan, kesal politik berlebihan

Bersatu sanjung kesihatan rakyat diutamakan, kesal sikap politik berlebihan

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) sanjung kesihatan rakyat diutamakan serta kesal terhadap sikap politik berlebihan daripada sesetengah pihak yang berebut kuasa sehingga memaksa pertukaran kerajaan dan pembubaran DUN berlaku.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya memahami tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedemikian dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.

“Mereka yang bergaduh berebut kuasa, rakyat pula yang susah. Tapi apa kan daya, tindakan mereka menyebabkan pilihan raya terpaksa diadakan.

“Sudah pasti kita akan usahakan supaya rakyat tetap mendapat maklumat yang tepat walaupun tanpa perhimpunan dan tanpa interaksi bersemuka. Media atas talian dan media cetak menjadi platform utama dan menyediakan aktiviti penerangan sesuai untuk mendekati pengundi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, KKM mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuat kuasa mulai 25 Oktober hingga 27 November.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, larangan itu terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang terkini.

Wan Saiful berkata, pihak berkuasa perlu perhalusi mekanisme pelaksanaan SOP berikutan masih ramai yang keliru semasa lawatannya ke Melaka.

“Sekumpulan wartawan datang bertanya soalan kepada saya. Namun, pihak berkuasa meminta mereka bersurai sehingga wartawan tertanya takkanlah mereka mahu jalankan tugas pun tidak boleh. Wartawan bukan berkempen.

“Mungkin kekeliruan ini berlaku kerana kita masih diperingkat awal. Kita berilah masa kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas mereka sebab ini adalah untuk kebaikan rakyat juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya