Belia 18 tahun boleh mengundi jika pilihan raya tahun depan - Utusan Malaysia

Belia 18 tahun boleh mengundi jika pilihan raya tahun depan

SERAMAI 1.2 juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun perlu diberi hak untuk mengundi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira empat juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun boleh mengundi sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal ini kerana pendaftaran Undi18 secara automatik akan ditetapkan bermula pada 1 Januari 2022.

“Jika pilihan raya diadakan selepas 1 Januari depan, maka pengundi muda boleh mengundi.

“Seperti saya sebutkan tadi, terdapat empat juta pengundi 18 tahun boleh mengundi tahun depan jika pilihan raya diadakan selepas 1 Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri ketika berucap pada majlis itu memaklumkan pendaftaran automatik pengundi 18 tahun akan ditetapkan bermula 1 Januari 2022 setelah Kabinet memutuskan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan boleh merayu terhadap keputusan mahkamah yang memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan untuk melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.

Katanya beliau, sebaliknya Jemaah Menteri memutuskan tidak merayu keputusan berkenaan kerana mahu menghargai peranan anak muda di dalam mencorakkan arah tuju demokrasi negara.

Sementara itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terpinggir dalam pengumuman Bajet 2022 kerana belanjawan diumumkan itu adalah bersifat inklusif.

Beliau menjelaskan, semua insentif belanjawan itu adalah menyeluruh membabitkan setiap lapisan masyarakat sama ada kumpulan B40 dan belia.

Sebaliknya kata beliau terdapat 25 insentif telah dimasukkan kerajaan dalam Bajet 2022 kepada golongan belia sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya