Belajar daripada PRN Sabah - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Belajar daripada PRN Sabah – Hishammuddin

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kiri) bersama Ronald Kiandee (tiga dari kiri) melihat antara sumbangan makanan yang diserahkan pada Program Bakul Mindef Prihatin di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penularan pandemik Covid-19 menjadi kebimbangan utama selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelmarin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau bimbang jika sejarah berulang seperti PRN Sabah tahun lalu yang menjadi punca kes Covid-19 meningkat secara mendadak.

“Kita belajar daripada apa yang berlaku dalam PRN Sabah dan kita tengok kesannya. Agenda kita adalah untuk selamatkan rakyat.

“SPR akan tentukan selepas kita bawa kepada pimpinan tertinggi. Saya dah arah MKN untuk dekati pihak berkenaan termasuk KKM,” katanya  selepas menghadiri Program Bakul Kementerian Pertahanan (MINDEF) Prihatin di sini hari ini.

Baru-baru ini, pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya  pada isnin lalu.

Tidak mahu tergesa-gesa, Ahli Parlimen Sembrong itu menjelaskan, beliau perlu melihat dari pandangan segala kepakaran yang membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya nak tahu daripada pakar-pakar apa kesannya kalau sekiranya kita adakan PRN di Melaka.

“Jadi itu pertimbangan yang perlu kita fikirkan dalam memutuskan apa yang patut kita meniti perkembangan di negeri Melaka,” katanya.

Turut hadir bersama adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bagi menyampaikan bakul makanan hasil sumbangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya