Bawa keluarga bercuti naik helikopter, Hairul Azreen curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

Bawa keluarga bercuti naik helikopter, Hairul Azreen curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Hairul Azreen mencuri perhatian warganet apabila membawa keluarga kecilnya bercuti ke sebuah pulau peranginan menaiki sebuah helikopter.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Paskal itu berkongsi satu video yang memaparkan keluarganya sedang dalam perjalanan dari ibu kota ke sebuah pulau menaiki helikopter tersebut.

Kongsi Hairul, akhirnya dia dapat membawa isteri tercinta yang juga pelakon, Hanis Zalikha dan sepasang cahaya matanya bercuti setelah sekian lama tidak membuat aktiviti berkenaan.

“Bercuti bersama keluarga saya setelah sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau #sayatenangdilaut,” coretnya ringkas di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, perkongsian tersebut menerima reaksi pantas daripada rata-rata warganet dan rakan artis sekali gus dihujani pelbagai komen.

“Another level ek, haha. Selamat bercuti abang dan keluarga,” komen pelakon Elvina Mohamad.

“Itu dia, bukan biasa-biasa. Usaha mereka dalam mencapai kehidupan yang sekarang pun bukan senang setanding dengan usaha mereka,” tulis seorang warganet.

“Wow, ini betul-betul kayangan,” komen lagi seorang warganet di ruangan komen itu.

Hairul dan Hanis  diijab kabul pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar, 4,  dan Alisa Aisyah, 2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya