Bajet 2022 sedia Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar  - Utusan Malaysia

Bajet 2022 sedia Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar 

IZATUL Humaira Mohamad Fazil (kanan) dan Noralia Nasuha Norizam sentiasa ketinggalan mengikuti sesi PdPR kerana capaian internet lemah di Kampung Bukit Kubur, Mahang, Kulim. – UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bajet 2022 buat pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sewaktu pelaksanaan PdPR, para guru memainkan peranan mereka dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal.

“Sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik,  Bajet ini buat pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah KPM,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.

Katanya, sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya