Bajet 2022: Duti hiburan dikecualikan di taman tema, panggung wayang - Utusan Malaysia

Bajet 2022: Duti hiburan dikecualikan di taman tema, panggung wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang melanjutkan beberapa galakan cukai termasuk pengecualian cukai pendapatan kepada penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan sehingga tahun taksiran 2025.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia termasuklah pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan.

Jelas beliau, pengecualian cukai pelancongan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.

“Pihak negeri disaran memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

“Kita harus menikmati keindahan serta kepelbagaian destinasi pelancongan daripada taman eko rimba di Taman Eko Rimba Bukit Ayer di Perlis, warisan bersejarah di Kota A Famosa Melaka, pantai Teluk Cempedak di Pahang, Kampung Budaya di Kota Kinabalu dan Gunung Santubong di Sarawak.

Dalam pada itu, kerajaan akan menggiatkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan antarabangsa dengan kadar segera.

Jelasnya, ia bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan kesihatan dengan peruntukan RM20 juta kepada Malaysia Healthcare Travel Council.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya