ATM sentiasa tingkat keupayaan aset - Utusan Malaysia

ATM sentiasa tingkat keupayaan aset

AFFENDI Buang (depan) bergambar bersama para pegawai dan anggota ATM pada selepas Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2021 yang diadakan di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam perancangan untuk meningkatkan keupayaannya menerusi perolehan aset-aset pertahanan.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang berkata, perolehan aset dalam masa terdekat untuk ketiga-tiga cabang perkhidmatan itu kini mencapai peringkat penilaian.

“Buat Tentera Darat, dalam masa terdekat kini dalam perolehan antaranya kenderaan pacuan empat roda , senjata dan juga dron. Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antaranya kini kita sudah dapat empat buah helikopter sewaan untuk menampung jurang pemberhentian pesawat Nuri, begitu juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terdapat beberapa aset lagi akan diperoleh.

Kereta kebal PT91M Pendekar 125mm Gun yang dikendalikan Affendi Buang mengeluarkan ledakkan pelurunya ketika Latihan Kuasa Tembakan (LTK) 2021 di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Ia semua perolehan yang besar, ia sudah berjalan dan tender juga sudah ditutup dan kini dalam proses penilaian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2021 yang diadakan  di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd. Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Sementara itu, LTK 2021 hari ini melibatkan keseluruhan seramai 969 pegawai dan anggota di samping 106 buah aset dan persenjataan.

Antaranya ia melibatkan kenderaan perisai Pendekar, Gempita, Lipan Bara, Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV).

Bagi aset persenjataan pula merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata berkaliber besar seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros Ii, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGW) dan Rocket-Propelled Grenade (RPG-7 40MM).

Turut terlibat, pesawat Helikopter Super Lynx daripada TLDM yang dipasang dengan persenjataan HMG dan Helikopter Agusta A109 LOH bersama Gatling Gun dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Sementara itu, Affendi berkata, LTK 2021 yang telah diadakan tersebut telah mempamerkan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas utama iaitu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

“Pada masa yang sama, keupayaan yang ditonjolkan adalah sebagai keyakinan kepada rakyat bahawa kesiagaan ATM dalam pelaksanaan tugas utama tidak terjejas  walaupun tumpuan  semasa diberikan kepada membantu negara menangani wabak Covid-19.

“Penyatuan kuasa tembakan yang diperagakan hari ini memperlihatkan keupayaan serta kredibiliti  sebenar ATM bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” kata beliau lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya