Amir Khusyairi dipilih Pengerusi HartaGuam - Utusan Malaysia

Amir Khusyairi dipilih Pengerusi HartaGuam

AMIR KHUSYAIRI MOHAMAD TANUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengarah Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) bagi sesi 2021-2023 dalam mesyuarat agung tahunan kali ke-5 persatuan itu semalam.

Amir Khusyairi yang fasih dalam tiga bahasa dan pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim tahun lalu, menggantikan penyandang jawatan sebelum ini, Datuk Nazri Mustafa.

HartaGuam dalam kenyataan media semalam, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi HartaGuam sesi 2019-2021 yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sebelum ini.

Mesyuarat dan pemilihan yang diadakan secara dalam talian itu turut memilih Ahli Majlis Tertinggi bagi sesi 2021-2023 iaitu Kee Mohd Thariq K Zainal Abidin sebagai Timbalan Pengerusi,  Muhammad Hawari Hanafi (Setiausaha),  Hasnifalina  Hasanudin (Penolong Setiausaha), Deidra Nur Azmi (Bendahari) serta Datuk Nazri Mustafa dan Ahmad Farhan Ahmad Puad sebagai ahli jawatankuasa.

“Ahli Mesyuarat Agung juga telah membentangkan sebanyak 11 usul untuk dibahaskan dan diluluskan demi memacu HartaGuam bagi sesi kali ini. 

“Bagi pihak Ahli Majlis Tertinggi HartaGuam yang baharu, kami menyeru dan mengajak semua ahli untuk terus memberi komitmen dan sokongan kepada program-program yang akan dirangka selepas ini khususnya bagi menaikkan potensi ahli dan akan memberi sumbangan serta impak positif kepada masyarakat dan negara yang kita cintai,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN