AIM agih bantuan makanan kepada sahabat terkesan  - Utusan Malaysia

AIM agih bantuan makanan kepada sahabat terkesan 

SHABUDIN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,450 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima sumbangan bakul makanan asas melalui inisiatif dinamakan Bakul Kasih. 

Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahaya hari ini turun padang menghulurkan sumbangan berkenaan yang memberi manfaat kepada sahabat di sekitar Tasek Gelugor, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Air Tawar. 

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyerahkan sumbangan bakul makanan tersebut merangkumi beras, gula, minyak masak, tepung, susu, bihun, sardin dalam tin serta pelbagai makanan asas lain. 

“Program ini adalah inisiatif AIM dalam membantu sahabat yang terkesan di seluruh negara yang mengalami kesukaran dan kehilangan pendapatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan. 

“Selain program ini, AIM juga melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi AIM dan moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik dan bersasar. 

“Apa yang diharapkan, bantuan ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat seisi keluarga sahabat yang menerimanya serta mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak pengurusan AIM dengan sahabat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Untuk rekod, program berkenaan memberi manfaat kepada lebih 120,000 isi rumah dengan lebih 30,000 sahabat meliputi beberapa negeri seperti Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka, Kelantan dan Pahang sudah menerimanya. 

AIM telah menyalurkan bantuan pinjaman sebanyak RM13,514,000 bagi cawangan Butterworth.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN