Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Guan Dee

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Guan Dee

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia semalam.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka  amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negeri Sabah dan negara,” kata Istana Negara menerusi hantaran Facebook hari ini.

Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik dari parti tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya