Agong perkenan berangkat Majlis Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul 

Sultan Nazrin perkenan berangkat Majlis Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul 

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1443 H pada Rabu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan titah pada majlis berkenaan yang akan berlangsung di Istana Negara secara tertutup dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.

Beliau berkata, sambutan pada kali ini akan menyaksikan seorang penerima Anugerah Perdana dan enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul.

“Ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh berkelayakan dalam memberi sumbangan kepada ummah dan negara.

“Penerima anugerah diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Maulidur Rasul yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sambutan Maulidur Rasul tahun ini bersetuju dan membuat ketetapan agar sambutan tersebut diterjemah menerusi program Citra Cinta Rasul, iaitu sebuah program bicarawara agama.

Abdul Aziz berkata, Program Citra Cinta Rasul ini akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Nasional FM bermula malam ini dari pukul 9 hingga 10.30 malam.

“Minnal FM, Ai FM, Asyik FM dan TraXX FM juga akan turut mengadakan lintas langsung, antara 9.00 hingga 10.30 malam.

“Program ini akan disertai panel-panel hebat seperti Dr. Ann Wann Seng yang juga Setiausaha Agung Jamiyah Selangor dan Wilayah Persekutuan, Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

“Panel lain seperti Isfadiah Mohd. Dasuki yang akan dihoskan Nabil Ahmad dan Terrence Dass bersama Heliza Helmi.

“Artis-artis undangan yang turut memeriahkan program adalah Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Kumpulan UNIC dan Faizal Tahir,” katanya.

Katanya, Forum Perdana Ehwal Islam Khas bertajuk Satukan Cinta turut diadakan pada 21 Oktober ini yang dibarisi panel oleh Menteri sendiri dan Prof. Datuk Dr. Syamrahayu Ab. Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN