PETALING JAYA: Sebanyak 22,146,626 atau 67.8 peratus populasi seluruh negara lengkap menerima suntikan dua dos vaksinasi setakat malam tadi.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my/ sebanyak 2,569,156 atau 7.9 peratus individu seluruh negara pula menerima sekurang-kurangnya satu dos atau belum lengkap divaksinasi.
Perkembangan itu menyaksikan bebaki 12.2 peratus untuk menyasar kadar lengkap 80 peratus vaksinasi Covid-19 populasi rakyat seluruh negara.
Berdasarkan laman web itu juga, tarikh unjuran untuk mencapai 80 peratus populasi seluruh negara lengkap vaksinasi adalah pada 17 Disember ini dengan sasaran 26,125,920 individu lengkap suntikan dua dos. – UTUSAN