Sebanyak 653 kes Covid-19 berada di Unit Rawatan Rapi

653 kes Covid-19 berada di ICU

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja merekodkan pertambahan enam daripada 12 kluster Covid-19, hari ini, manakala tiga kluster pendidikan lain, dua kluster komuniti dan satu kluster keagamaan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan dua di Johor, dua di Selangor manakala Melaka dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster. 

“Bagi pendidikan lain, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster manakala komuniti, Sabah dan Pahang, masing-masing satu kluster serta satu kluster keagamaan di Perak. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 580 kluster manakala 5,137 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,630 kes berbanding semalam, 6,210 kes sekali gus terus diatasi 7,630 kes sembuh. 

Selain itu katanya, sebanyak 653 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 322 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,630 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Bakinya, 6,529 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 96 kes berbanding kelmarin, 76 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,234 kes. 

Sebanyak 21 daripada 96 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,701 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya