PETALING JAYA: Sebanyak 5,828 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini berbanding 6,630 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kes adalah sebanyak 2,426,050 kes.
“Maklumat terperinci dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam laman Twitternya hari ini. – UTUSAN ONLINE