53 dicekup dalam operasi dadah di 8 lokasi  - Utusan Malaysia

53 dicekup dalam operasi dadah di 8 lokasi 

SHAFEE ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang ‘tokan’ dadah merupakan antara 52 penagih yang dicekup dalam satu operasi khas di lapan lokasi berasingan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, lokasi serbuan itu dipercayai merupakan kawasan tumpuan penagih serta pengedar dadah sebelum ini.

Katanya, 10 daripada individu yang ditahan itu perempuan manakala selebihnya lelaki.

“Seramai 38 daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam ditahan di bawah Seksyen 39B dan seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 39C akta yang sama.

“Turut ditahan ialah empat individu di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan masing-masing dua di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, dalam operasi itu polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 44.88 gram (g), syabu (8.38 g) dan ganja seberat 3.38 g dengan nilai keseluruhan rampasan RM2,353.40.

“Dalam operasi sama, polis menangkap enam warga tempatan di sebuah rumah tidak bernombor di Bukit Indera Muda, Kubang Semang, Bukit Mertajam.

“Sebanyak 31 paket plastik dipercayai heroin seberat 44.06 g, lima paket plastik amphetamine seberat 5.70 g serta ganja seberat 3.48 g turut dirampas susulan tangkapan berkenaan,” katanya yang memberitahu kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya