50,000 peniaga, penjaja kecil di Kedah harap ada berita gembira

Bajet 2022: 50,000 peniaga, penjaja kecil di Kedah harap ada berita gembira

SEORANG peniaga menyusun kuih tradisional yang dijual di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. - FOTO/SHAHIR NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kira-kira 50,000 peniaga dan penjaja kecil di negeri ini berharap ada berita gembira buat mereka dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan, esok.

Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin Mohd. Ali berkata, manfaat serta bantuan perlu diutamakan kepada peniaga serta penjaja yang hampir kebanyakannya terjejas sejak penularan Covid-19.

“Saya yang mewakili semua peniaga dan penjaja di sini meminta agar kerajaan menyediakan peruntukan atau faedah khas kepada golongan ini.

“Faedah tersebut seperti tambahan pinjaman atau skim bantuan iaitu Geran Khas Prihatin dan lain-lain yang pastinya meringankan beban mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu melanjutkan moratorium kepada golongan peniaga yang masih terkesan dengan Covid-19 untuk meneruskan perniagaan mereka.

Menurutnya, pihaknya juga berharap agar agensi-agensi pinjaman seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (Tekun), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan mana-mana bank tidak menetapkan syarat yang rumit.

“Peniaga yang ingin meminjam tidak perlu melalui prosedur yang menyukarkan mereka, mungkin hanya perlu dapatkan sokongan persatuan atau apa-apa syarat yang memudahkan,” ujarnya.

Tambahnya, sebarang faedah dan manfaat yang mendatangkan kelebihan buat golongan itu nanti pastinya akan ‘merawat’ kesusahan yang telah mereka hadapi sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya