5 anggota agensi penguat kuasa ditahan terlibat samun berkumpulan - Utusan Malaysia

5 anggota agensi penguat kuasa ditahan terlibat samun berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh individu termasuk lima anggota agensi penguat kuasa diberkas semalam dan kelmarin, selepas disyaki terbabit kes samun berkumpulan.

Penahanan kesemua suspek itu dilakukan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras seterusnya membawa kepada penahanan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di Jalan Pekan Salak Selatan, Pandan Indah, Salak Selatan, Pudu, Ampang dan Kajang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sebanyak dua motosikal jenis Yamaha, kunci motosikal Honda, sebuah kereta Proton Iswara, tiga telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM3,000 serta pakaian dipercayai digunakan suspek untuk merompak turut dirampas.

Kata beliau, tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki di Jalan Pekan Salak Selatan pada pukul 11 malam kelmarin.

“Hasil soal siasat suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di Pandan Indah pada pukul 1.20 pagi semalam.

“Selepas itu, seramai lima lagi suspek ditahan pada pukul 8.30 pagi hari sama, di empat lokasi dan keseluruhannya tujuh orang ditangkap termasuk lima yang bekerja di agensi penguatkuasaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Idzam, semakan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod jenayah termasuk samun dan dadah manakala ujian saringan awal air kencing mengesahkan semuanya negatif dadah.

“Kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan lokap Balai Polis Salak Selatan Baru bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya