10 pelancong ditahan leka ambil dadah - Utusan Malaysia

10 pelancong ditahan leka ambil dadah

SEBAHAGIAN daripada 10 pelancong dari Kuala Lumpur yang ditahan mengambil dadah di sebuah bilik hotel di Pantai Tengah, Langkawi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 10 pelancong ditahan ketika sedang leka mengambil dadah di sebuah bilik hotel di Pantai Tengah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua suspek lelaki berusia 23 hingga 31 tahun dari Kuala Lumpur bercuti di pulau peranginan tersebut.

Jelasnya, pihak polis menyerbu bilik hotel tersebut pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Polis telah memeriksa tubuh badan kesemua suspek dan kawasan bilik tersebut dan menemukan lapan peket plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 7.20 gram (g).

“Turut ditemukan dua botol dipercayai ubat batuk dengan anggaran berat 200 mililiter (ml) di atas meja kecil di dalam bilik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya,hasil daripada ujian air kencing mendapati seramai enam daripada 10 suspek terbabit positif ketamin.

Katanya, semua suspek itu juga dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana melanggar syarat prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana berkumpul di bilik hotel yang sama dan melakukan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Perkara 9 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya