WSBK beri penghormatan kepada Berta  - Utusan Malaysia

WSBK beri penghormatan kepada Berta 

DEAN BERTA meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian dada serta kepala.- IHSAN WSBK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Perlumbaan ke-10 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dibatalkan bagi memberi penghormatan terhadap Dean Berta yang maut di Litar Jerez, kelmarin.

WSBK memberitahu, Berta yang juga sepupu kepada pelumba MotoGP, Maverick Vinales disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan kelas WorldSSP300.

Tambahnya, pelumba berusia 15 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian dada serta kepala

Berta beraksi bersama pasukan Vinales Racing yang diuruskan oleh Angel Vinales iaitu bapa kepada Maverick.

“Berta mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Kenderaan perubatan diarahkan terus ke litar selepas insiden kemalangan tersebut.

“Bagaimanapun, pusat perubatan mengesahkan Berta telah meninggal dunia,” kata WSBK dalam satu kenyataan.

Sebelum ini seorang lagi pelumba Sepanyol berusia 14 tahun, Hugo Milan meninggal dunia Julai lalu di perlumbaan European Talent Cup dekat Litar Motorland Aragon.

Pada Mei lalu, pelumba Switzerland, Jason Dupasquier, 19, meninggal dunia ketika sesi kelayakan Kejuaraan Dunia Moto3 di Grand Prix Itali di Mugello.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.