Warga Taiwan dihukum gantung edar 755.9 gram syabu - Utusan Malaysia

Warga Taiwan dihukum gantung edar 755.9 gram syabu

WARGA Taiwan, Yao Mao Guo dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 755.9 gram di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warganegara Taiwan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 755.9 gram(g), dua tahun lalu.

Tertuduh, Yao Mao Guo, 26, yang memakai pakaian serba putih dimaklumkan mengenai hukuman itu oleh jurubahasa dalam bahasa Taiwan yang dilantik.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Nurulhuda berkata, tertuduh juga mempunyai pengetahuan berhubung dadah yang terdapat dalam milikannya.

“Mahkamah telah meneliti semua keterangan yang diberikan berserta dokumen dan eksibit yang dirujuk oleh pihak-pihak. Tertuduh ada pengetahuan berhubung dadah dalam milikannya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Peguam bela, B.H Khor memohon agar hukuman gantung sampai mati digantikan dengan penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail menghujahkan tiada bukti menunjukkan tertuduh membantu dalam tangkapan lain di dalam kes berkenaan sekali gus memohon hukuman gantung sampai mati dikekalkan.

Berdasarkan pertuduhan, Mao Guo didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 755.9 gram di kawasan Pelepasan Antarabangsa (Link Bridge) Kastam, Aras 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 7.06 pagi, 15 Februari 2019.

Dia didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup

Video oleh NORHAYATI YAHAYA

Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan imbasan yang dilakukan ke atas beg sandang Mao Guo mendapati tiada imej yang mencurigakan.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan mengarahkan dia menanggalkan kasut jenama Nike Air berwarna putih yang dipakai telah nampak bungkusan plastik lutsinar berisi bahan kristal di bahagian tapak dalam kasut disyaki dadah.

Seramai lapan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pihak pendakwaan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh yang memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Kes tersebut pertama kali dituduh pada 31 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.