Warga Nepal sorok mayat bayi dalam plastik hitam - Utusan Malaysia

Warga Nepal sorok mayat bayi dalam plastik hitam

MAYAT bayi lelaki disorokkan dalam beg plastik hitam di sebuah asrama pekerja kilang di Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Mayat bayi lelaki dalam keadaan masih bertali pusat ditemukan di dalam beg plastik hitam di sebuah asrama pekerja kilang di sini, dipercayai disembunyikan oleh ibunya warga Nepal sejak Isnin lalu.

Kejadian itu bagaimanapun terbongkar selepas pengurus kilang berkenaan memeriksa bilik suspek yang berusia 38 tahun pada pukul 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ia dikesan selepas wanita terbabit cuba mendapatkan rawatan di klinik panel dengan menggunakan alasan sakit kaki.

“Isnin lalu suspek telah meminta pemandu van kilang membawanya ke klinik pada pukul 1.30 pagi atas alasan sakit kaki, namun dia dirujuk ke Hospital Alor Gajah selepas disyaki mengalami keguguran.

“Pada pukul 8 pagi (semalam) pengurus kilang tersebut memeriksa bilik suspek dan menemukan mayat bayi lelaki dalam keadaan masih bertali pusat yang di sorokkan di dalam beg plastik hitam di atas katil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, Balai Polis Masjid Tanah kemudian menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.10 pagi dan sepasukan pegawai penyiasat bersama-sama pasukan forensik ke lokasi.

“Hasil siasatan awal, kita percaya bayi lelaki tersebut telah berusia dua hari sebelum mayatnya ditemukan.

“Suspek yang kini dirawat di wad Hospital Melaka telah ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Tambahnya, polis juga sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga warga Nepal berusia 38 tahun.

Tambahnya, mayat bayi itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya