Wanita terselamat, kereta dihempap pokok besar - Utusan Malaysia

Wanita terselamat, kereta dihempap pokok besar

SEORANG wanita terselamat selepas kereta yang dinaikinya dihempap pokok besar dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan,  malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang wanita terselamat walaupun kereta yang dinaikinya dihempap sebatang pokok besar yang tumbang dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Pantai, berhadapan sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang merupakan seorang pegawai farmasi Hospital Port Dickson berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati dalam kejadian pada pukul 10.17 malam tadi, mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja di Hospital Port Dickson menghala ke pekan Port Dickson.

“Namun, sampai di lokasi kejadian sebatang pokok besar tumbang dan menghempap kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aidi Sham, ketika kejadian keadaan hujan lebat dan berlaku tiupan angin  kuat.

“Kepada pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu memandangkan peralihan monsun sedang berlaku yang menyebabkan hujan lebat dan angin kencang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN