Wanita curi tabung masjid untuk isi minyak, beli makanan - Utusan Malaysia

Wanita curi tabung masjid untuk isi minyak, beli makanan

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang wanita mencuri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, Padang Besar, Perlis, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Mengisi minyak motor, membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit. Itu antara alasan diberikan seorang wanita berusia 28 tahun yang bertindak mencuri tabung masjid di Masjid Padang Pauh di sini, Sabtu lalu.

Kejadian tersebut disedari ahli kariah masjid berkenaan kira-kira pukul 9.15 malam selepas mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid tersebut hilang.

Perkara tersebut seterusnya dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan yang kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang wanita mengambil serta membawa pergi tabung terbabit.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Saifudin Aslin Abbas memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.36 pagi pada 29 Ogos dan melakukan siasatan.

Katanya, hasil risikan dan maklumat orang ramai, suspek seorang wanita ditangkap di rumahnya di Arau, pada pukul 9.15 malam, hari sama.

“Tabung masjid yang dicuri itu juga telah ditemukan di dalam tandas di pasar Beseri.

“Suspek mengaku mencuri tabung masjid dan menggunakan wang tersebut untuk mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek telah pergi ke masjid berkenaan kira-kira pukul 7 petang untuk mengambil barang makanan dari food bank masjid tersebut dan datang kembali mencuri tabung masjid ketika jemaah sedang solat Isyak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek berakhir esok.

“Suspek akan didakwa esok dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya