UTHM sedia RM4 juta bantu pelajar golongan B40

UTHM sedia RM4 juta bantu pelajar B40

WAHID RAZZALY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyediakan peruntukan bernilai RM4 juta untuk membantu pelajar selaras pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di universiti awam semester pertama bagi sesi 2021/2022.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, langkah pengurangan tersebut disambut baik pihaknya memandangkan kebanyakkan pelajar UTHM terdiri daripada keluarga dalam kategori B40.

“Sebanyak 70 peratus pelajar kami datangnya daripada keluarga dalam golongan B40 dan mereka ini kebanyakannya terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Oleh itu, UTHM telah menyediakan peruntukan bernilai RM4 juta untuk membantu golongan berkenaan bagi memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa pada semester akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pengurangan itu bakal memanfaat seramai 555,340 pelajar dengan nilai keseluruhan RM175 juta.

Sementara itu, Wahid berkata, kemasukan pelajar ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya menggariskan beberapa syarat bagi kemasukan kali ini iaitu keutamaan kepada kumpulan pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus yang telah melengkapkan suntikan vaksinasi mereka.

“Keutamaan akan diberikan kepada pelajar baharu yang memerlukan pengalaman menjalani kehidupan di kampus serta pelajar tahun akhir yang perlu menghabiskan pengajian mereka mengikut masa ditetapkan.

“Pihak universiti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin dan tiada penularan di kampus,” katanya.

Sementara itu, bagi aspek kadar vaksinasi dalam kalangan warga UTHM pula, seramai 97 peratus staf dan 83 peratus pelajar sudah lengkap divaksinasi.

“UTHM akan terus memastikan semua staf dan pelajar melengkapkan dua dos vaksin  menjelang akhir September ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya