TMJ dedah Johor masuk Fasa 2 PPN dalam waktu terdekat

TMJ dedah Johor masuk Fasa 2 PPN dalam waktu terdekat

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin negeri itu akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam waktu terdekat.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

“Johor akan beralih ke Fasa 2 PPN tidak lama lagi. Selepas perbincangan saya dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Pasukan Petugas Khas Covid-19 Johor dan juga Menteri Kesihatan, saya yakin perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi,” titahnya.

Pada 9 September lalu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan kesihatan awam di negeri ini dalam memastikan pesakit Covid-19 mendapat rawatan sewajarnya.

“Tumpuan kerajaan negeri dalam usaha beralih ke fasa seterusnya adalah untuk memastikan supaya kemudahan kesihatan mencukupi dalam apa keadaan sekalipun.

“Kita tahu kes terus meningkat di Johor dan ia banyak disumbangkan kluster industri kerana sektor berkenaan banyak menjalankan ujian setiap dua minggu sekali selain ujian di lapangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN