Tiga warga PDRM Kelantan jadi korban Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiga warga PDRM Kelantan jadi korban Covid-19

SHAFIEN Mamat menandatangani plak sebagai gimik perasmian Balai Polis Palekbang, Tumpat, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan merekodkan tiga kematian melibatkan pegawai dan anggotanya yang dijangkiti virus Covid-19 sepanjang tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, sehingga kini seramai 224 warga PDRM Kelantan disahkan positif Covid-19 merangkumi pegawai, anggota, kakitangan awam dan keluarga.

Daripada jumlah itu, kata beliau, seramai 129 individu masih menjalani tempoh kuarantin, sama ada di rumah masing-masing atau di pusat kuarantin.

“Ada antara mereka dijangkiti virus pandemik itu ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dan ketika proses siasatan termasuk semasa mengiringi suspek kes dalam tempoh tahanan,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Balai Polis Palekbang, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, polis akan mempertingkat kawalan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengelak cubaan mana-mana individu meloloskan diri.

Antara yang diberi tumpuan, katanya, pelaksanaan PKPD di Kampung Simpangan dan Bendang Pak Yong dalam Mukim Pengkalan Kubor, di sini bermula tengah malam ini sehingga 28 September ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN