“Terima kasih atas kerjasama, tindakan pantas pihak AKSB” -Fizo Omar - Utusan Malaysia

“Terima kasih atas kerjasama, tindakan pantas pihak AKSB” -Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menarik nafas lega apabila masalah air kotor di Kelantan berjaya mendapat perhatian Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB).

Perkhabaran baik itu dikongsi menerusi entri Instagran miliknya sebentar tadi, selepas pihak berkenaan telah menghubunginya berkenaan isu terbabit, semalam.

“Berkaitan isu air di Kelantan. Pihak yang berkaitan dan AKSB telah pun menghubungi saya. Semalam, mereka menghantar pihaknya untuk menyelesaikan masalah air kotor di kawasan saya.

“Saya berharap pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah air di semua tempat di Kelantan.

“Bagaimanapun, terima kasih di atas kerjasama dan tindakan pantas yang diambil pihak AKSB,” kongsinya di Instagram.

Sebelum ini, pelakon itu mendedahkan masalah air kotor yang dihadapinya di satu kawasan di Kelantan.

Kemudian, aduan yang dilakukannya itu mendapat perhatian rakyat di negeri itu yang selama ini mengakui menghadapinya sejak sekian lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN