Temu janji atas talian urusan di kaunter Co-opbank Pertama 

Temu janji atas talian urusan di kaunter Co-opbank Pertama 

Co-op Bank menjadi contoh kepada syarikat-syarikat koperasi yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelanggan Co-opbank Pertama (CBP) kini boleh menggunakan sistem e-Temujanji untuk sebarang urusan di semua cawangan di seluruh negara.

Co-opbank Pertama (CBP) dalam satu kenyataan berkata, sistem tersebut yang dilancarkan pada bulan lalu membolehkan pelanggan menempah slot di semua 28 cawangan CBP di seluruh negara dan sebuah outlet Ar-rahnu di Setapak bagi urusan di kaunter.

Katanya, pelanggan boleh menempah slot temu janji secara atas talian di https://bit.ly/temujanjiCBP sebelum hadir ke cawangan CBP.

“Sistem ini diperkenalkan bagi memastikan pengoperasian perkhidmatan kaunter cawangan CBP mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dan dalam masa yang sama memastikan urusan bersemuka di kaunter-kaunter adalah teratur dan selamat kepada pelanggan dan juga kakitangan CBP. 

“Walau bagaimanapun, cawangan CBP masih menerima pelanggan walk in seperti biasa. Selain kaedah e-Temujanji, Pelanggan-pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi MyCoopbank iaitu aplikasi perbankan atas talian yang boleh dimuat turun di platform Google Playstore dan Apple Store,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya