Tempat kerja, komuniti kekal penyumbang kluster terbanyak

Tempat kerja, komuniti kekal penyumbang kluster terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu sembilan daripada 21 kluster Covid-19 hari ini, dengan Johor menjadi penyumbang terbanyak, enam kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, enam kluster komuniti manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain, masing-masing dua kluster serta pendidikan tinggi dan pusat tahanan pula, masing-masing satu kluster. 

Katanya, kluster tempat kerja melibatkan enam di Johor, dua di Perak dan satu di Terengganu. 

“Bagi kluster komuniti, lima di Kelantan dan satu di Pahang manakala kluster kumpulan berisiko tinggi, Kelantan dan Perak, masing-masing satu kluster. Kluster pendidikan lain, Kedah dan Perak, masing-masing satu kluster; satu kluster pendidikan tinggi di Pahang dan satu kluster pusat tahanan di Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,815 kes berbanding semalam, 19,495 kes sekali gus mengatasi 16,939 kes sembuh dengan 1,222 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 710 kes memerlukan bantuan pernafasan

Katanya, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,660 kes diikuti Selangor (2.718), Johor (2,206), Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (814), Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269) dan Negeri Sembilan (170). Perlis pula merekodkan 80 kes dan Putrajaya, 22 kes manakala Labuan hanya 11 kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kes kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 107 kes sekali gus berlaku peningkatan sedikit berbanding kelmarin yang merekodkan 104 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat jam 7 petang hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my, jumlah kematian sebenar pula hanya lima kes berbanding 24 kes kelmarin manakala bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini berlaku penurunan, sebanyak 422 kes berbanding kelmarin, 463 kes. 

Jumlah kematian sebenar itu menjadikan jumlah terkini kematian Covid-19 sebanyak 22,009 kes. Sebanyak 92 daripada 422 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,158 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 116 kes manakala kematian sebenar (purata tujuh hari), 12 kes diikuti Kedah (79/6), Sabah (71/15), Johor (46/19), Pulau Pinang (37/17), Perak (21/10), Kelantan (16/6), Kuala Lumpur (11/4), Pahang (10/4), Sarawak (5/4), Terengganu (4/3), Perlis (4/1), Melaka (2/4) dan Negeri Sembilan (0/3). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN