Squid Game, orang barat pun tak sampai tahap itu - Siti Jasmina - Utusan Malaysia

Squid Game, orang barat pun tak sampai tahap itu – Siti Jasmina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penulis skrip terkenal tanah air, Siti Jasmina Ibrahim, memuji drama bersiri Korea berjudul Squid Game terbitan Netflix, dengan menyifatkannya sebagai sebuah naskah yang unik dan berbeza berbanding dengan naskah dari Barat.

Menurut Siti Jasmina, banyak aspek bermutu dalam dilihat menerusi penghasilan drama popular tersebut sehinggakan siri ‘berhantu’ Money Heist pun dianggap tidak mampu sampai ke tahap yang ada pada karya arahan Hwang Dong Hyuk tersebut.

“Pengalaman menonton siri Money Heist yang sudah berpuluh episod ditayang dan dengan menonton Squid Game, episod 9 saja tayangannya. Tapi Squid Game pukul habis tinggalkan jauh tahap pemikiran, kualiti jalan cerita, pembinaan watak, sub teks, elemen kejutan serta substansi.

“Malah, elemen hiburan juga bukan sekadar hiburan. Ia melengkapkan setiap satunya berbanding Money Heist. Cangkuk pengakhiran Squid Game memang ‘kurang ajar’.

“Bagi saya, orang Asia ini, kalau buat ‘hal’ memang orang Barat tak akan mampu fikir hal mereka sampai ke tahap itu,”katanya dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Selain itu, penulis skrip berusia 46 tahun ini lagi turut mengucapkan kata tahniah dan terima kasih kepada tenaga kreatif dan Hwang Dong Hyuk yang juga penulis drama bersiri ini.

“Terima kasih sebab beri kepuasan penontonan yang luar biasa. Buatkan kepala dan perasaan penonton macam roller-coaster dan dalam masa yang sama, kita periksa dan seimbangkan semula tentang watak dan sifat masing-masing.

“Sangat bijaksana!”katanya.

Perkongsian Siti Jasmina itu turut mendapat reaksi daripada pengikutnya termasuk selebriti dan artis yang dilihat bersetuju dengan komentar yang diberikan daripada seorang penulis skrip seperti dirinya.

Antara yang dilihat meninggalkan komen termasuk Achey Bocey dan Uchee Fukada.

Siti Jasmina merupakan penulis skrip profesional tanah air dengan antara karya yang pernah dihasilkan ialah drama berjudul 3 Janji, Ustaz Amirul dan filem Tembus.

Siti Jasmina juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal Khir Rahman dan telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun bersama aktor tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya